Pages

Saturday, September 21, 2019

Kemahiran Perolehan Dan Pengurusan Maklumat


                                          Semoga bermanfaat..








1. PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT



  • Maklumat merujuk kepada data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
  • Ciri-ciri maklumat mestilah releven, sahih, difahami, lengkap dan tepatbagi mengurangkan ketidakpastian.
  • Data yang tidak dianggap sebagai maklumat ialah data yang sudah lama, tidak jelas, tidak lengkap dan tidak berdasarkan format yang diperlukan.
  • Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan Internet.
  • Maklumat dikenalpasti melalui pengetahuan yang diperoleh daripada proses pengumpulan data yang mengembangkan kemampuan seseorang individu di mana proses ini berterusan sepanjang hayat.
  • Hal ini demikian kerana setiap individu akan mempelajari sesuatu yang baharu dalam setiap permasalahan yang dihadapi sepanjang hayatnya.

1.1 Sebab Maklumat Diperlukan
  • Maklumat yang tepat dapat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan.
  • Kemahiran mencari maklumat bergantung pada kedudukan ekonomi dan tempat kita berada.
  • Kemahiran mencari maklumat turut bergantung pada tahap pengetahuan seseorang berdasarkan sumber dan bentuk maklumat yang diinginkannya.
  • Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memahirkan diri dalam mencari maklumat:
a) Sebab mencari maklumat. Setiap individu memiliki tujuan yang berbeza dalam mencari maklumat. Kenalpasti terlebih dahulu bentuk maklumat yang ingin dicari.


b) Memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Sikap dan psikologi seseorang mempengaruhi kaedah pencarian sesuatu maklumat. Misalnya, ada individu yang hanya mencari maklumat secara umum, manakala ada individu yang meneroka serta mendalami maklumat yang diperoleh.


1.2  Proses Mencari Maklumat

Seseorang individu yang cekap dalam kerjanya sudah tentu dapat mengenal pasti keperluan-keperluan maklumat iaitu dengan mengetahui cara untuk mengesan, mengakses, menilai, menyusun dan menggunakan sesuatu maklumat.
Proses-proses tersebut adalah :

1. Mengenal pasti keperluan maklumat
        ·   Mendefinisikan atau mengenal pasti keperluan maklumat
        ·   Memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat
        ·   Menyatakan dan mendefinisikan keperluan maklumat
        ·   Memulakan proses pencarian

2. Pengesahan maklumat

        ·  Mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat yang dijangkakan berkaitan dengan perkara yang dicari.
        ·  Menghasilkan strategi pencarian kebolehan untuk mengakses sumber maklumat terpilih
        ·  Memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.

3. Pentaksiran maklumat
        ·  Menganalisis, memeriksa dan mengestrak maklumat.
        ·  Membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
        ·  Memilih dan mensintesis maklumat.
        ·  Menilai ketepatan dan kerelevenan maklumat yang didapatkan semula.

4. Penyusunan maklumat

        ·  Menyusun dan mengkategorikan maklumat.
        ·  Mengelompokkan dan meyusun maklumat yang telah diperoleh.
        ·  Menentukan maklumat yang terbaik dan paling berguna

5. Penggunaan maklumat

        ·  Mencari cara-cara baharu untuk berkomunikasi, mempersembahkan dan menggunakan maklumat.
        ·  Menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
        ·  Mempersembahkan produk maklumat.

1.3 Perolehan Maklumat Secara Formal dan Informal

Maklumat diperoleh secara formal dan tidak formal.

1. Secara formal

Sebarang maklumat yang dihasilkan secara rasmi. Contohnya :
         ·         Arahan
         ·         Memo
         ·         Pekeliling
         ·         Prosedur bertulis
         ·         Laporan
         ·         Artikel
         ·         Jurnal

2. Secara tidak formal

Sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi. Contohnya :
         ·        Maklumat daripada diari
         ·        Bahan-bahan cetakan seperti bahan edaran tidak rasmi
         ·        Bahan cetakan media social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog.


1.4 Maklumat Diperoleh dari Pelbagai Sumber

  • Mencari maklumat hanya berpandukan satu sumber tidak cukup untuk memberikan tafsiran yang berbeza bagi menyokong sesebuah kajian.
  • Oleh itu, pencarian maklumat dari sumber berbeza diperlukan contohnya seperti dari manusia iaitu melalui temu bual, kemudian media elektronik seperti komputer atau perpustakaan, media cetak seperti buku, kamus, jurnal dan sebagainya, media tiga dimensi seperti model atau boneka dan yang terakhir ialah sumber persekitaran iaitu melalui cahaya, bunyi dan sebagainya. 


2. PENGURUSAN MAKLUMAT

Maklumat yang diperoleh hendaklah diurus dengan baik, berkesan dan sistematik supaya maklumat tersebut mudah diakses, dicari apabila ingin menggunakannya.














Maklumat boleh dipecahkan kepada dua jenis:
  • salinan cetak (hardcopy)
  • salinan digital (softcopy)


a.    Pengurusan maklumat dalam bentuk hardcopy seperti jurnal, buku, majalah, surat khabar dan kamus biasanya disimpan dalam fail. Kemudian fail-fail disimpan atas rak atau almari. Fail perlu diatur mengikut kod-kod tertentu agar mudah untuk dikenal pasti dan dikesan.

b.    Pengurusan maklumat dalam bentuk softcopy seperti dalam bentuk pdf, Microsoft word, excel, e-buku, e-jurnal dan maklumat yang boleh didapati secara atas talian. Maklumat-maklumat ini perlu disimpan dalam folder (komputer) dan perlu disusun secara sistematik agar mudah untuk diakses semula.


   3. PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN 

    Kemahiran pencarian maklumat di perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran merujuk kad katalog atau komputer dan mendapatkan bahan rujukan daripada rak. Antara bahan bacaan yang disediakan di perpustakaan ialah buku, majalah, jurnal, akhbar, kamus, dan e-buku serta e-jurnal. Bahan-bahan ini juga boleh diperoleh melalui ERIC, Pro-Quest, EbscoHost dan beberapa pangkalan data yang lain.

3.1 Strategi Carian OPAC

    Online Public Access Catalogue atau dikenali sebagai OPAC digunakan untuk mencari maklumat tentang sesebuah buku secara atas talian. Seseorang itu dapat mengakses bahan dengan lebih cepat serta boleh mengesan bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan lain.

     Empat jenis carian dalam proses pencarian maklumat melalui OPAC iaitu:

    a) Pengarang
    b) Tajuk
    c) Subjek
    d) Kata Kunci

3.2 Pangkalan Data Elektronik

     Merupakan koleksi maklumat teratur yang boleh dikesan oleh komputer melalui rangkaian elektronik. Setiap perkara dalam pangkalan data dikenali sebagai rekod. Terdapat dua jenis pangkalan data utama di perpustakaan iaitu:

a) Pangkalan Data Bibliografi

    pangkalan data ini menyediakan maklumat asas  bibliografi tentang perkara  yang telah dikatalogkan atau diindeks. Pangkalan data ini mengandungi petikan item seperti pengarang, tajuk, tahun penerbitan dan penerbit atau abstrak.

b) Pangkalan Data Berteks Penuh

    Pangkalan data ini menyediakan rekod bibliografi buku, artikel jurnal, laporan, ulasan buku, kertas persidangan dan sebagainya. Pangkalan data termasuk artikel jurnal, tesis dan surat khabar.

    e-book atau buku digital adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya.

    e-journal atau jurnal digital didapati dalam format elektronik boleh diakses dalam talian. contohnya EBSCOhost, Emerald dan ProQuest.



4. PELAYARAN INTERNET



  •  Pembelajaran pada abad ke-21 sangat bergantung kepada teknologi maklumat terutama penggunaan komputer.
  •   Peningkatan dari aspek pengetahuan, kecekapan mahupun kemahiran telah diwujudkan melalui penggunaan komputer dan internet dalam pendidikan.
  •     Kebaikan internet kepada pelajar:
a) Pencarian data dan maklumat daripada pelbagai sumber dapat diakses dalam skop yang lebih meluas dari seluruh dunia tanpa batasan masa dan tempat.
b) Membolehkan pelajar membina idea baharu mengikut tahap kognitif dan minat mereka.
c) Pelajar akan mengalami pembelajaran kendiri dan lebih bersikap terbuka serta konstruktif dalam tindakan dan pembelajaran.
d) Banyak laman web yang dapat diakses secara pantas seperti berita terkini, gaya hidup, sukan, hiburan, sains dan teknologi, kewangan, pelancongan dan sebagainya.
  •        Keburukan internet kepada pelajar:
a) Pelajar akan mudah terdedah dengan unsur-unsur pornografi yang mudah didapati di internet.
b)  Sumber maklumat yang tidak meyakinkan mungkin akan didapatkan oleh pelajar kerana tiada autoriti dalam pangkalan data bagi bahan yang dicari.
c) Pembelajaran secara bersemuka akan berkurangan.
  •      Strategi dan kaedah carian dalam mencari maklumat dari sumber internet memerlukan kemahiran agar pencarian maklumat lebih mudah.
  •          Hal ini demikian kerana terdapat berjuta-juta fail dan maklumat boleh didapati di internet tanpa sebarang kawalan dan tapisan.
  •      Terdapat dua medium untuk pencarian maklumat iaitu:
a) Enjin Carian yang menggunakan enjin carian, contohnya Google.
b) Enjin Carian Meta, yang menghantar carian di kebanyakkan enjin carian tunggal pada masa yang sama. 


5. SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

    Sumber merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti :

  o   Arkib
  o   Perpustakaan
  o   Muzium
  o   Pejabat simpanan rekod
  o   Istana

Sumber terbahagi kepada dua jenis: 

    → sumber primer
                                                          
    → sumber sekunder

5.1  Sumber Primer

    Maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik. Contoh sumber primer adalah :

    ·    Temu bual
    ·     Pemerhatian
    ·     Hasil analisis soal selidik
    ·     Bahan dalam bentuk cetakan seperti foto menunjukkan kejadian sebenar, artikel, jurnal, tesis dan laporan.

Sumber asas dalam kategori primer :

    ·    Sumber lisan : merujuk keterangan tentang suatu peristiwa pada masa lampau yang diperoleh secara langsung oleh seseorang yang mengalami sendiri sesuatu peristiwa tersebut.

   ·    Sumber tulisan : keterangan tentang suatu peristiwa lampau yang diperoleh melalui dokumen, naskhah dan rakaman sesuatu kejadian.
Sumber bertulis merupakan sumber sejarah yang paling baik.

   ·   Sumber benda : keterangan tentang peristiwa lampau yang diperoleh daripada benda-benda peninggalan seperti fosil, tugu peringatan dan bangunan lama.

5.2  Sumber Sekunder

Sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.

 Ø   Misalnya, rumusan dan tafsiran kepada hasil dapatan temu bual kerana idea sebenar daripada responden telah ditafsirkan oleh penyelidik dalam bentuk yang berbeza daripada idea yang asal.

 Ø  Tujuannya supaya dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku atau kajian.

Contoh sumber sekunder :
· Buku teks
· Majalah
· Akhbar
·   Laman web



RUJUKAN


     Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee dan Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof (2019). Kemahiran Belajar Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

     Rosinah Edinin Ph.D (2015). Kemahiran Belajar. Selangor:  Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

    Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, (2015). Kemahiran Belajar. Selangor: SASBADI Sdn. Bhd.

    Chan Huey Min (2017), Sumber Primer dan Sumber Sekunder. Dimuat turun daripada http://chiayun0821.blogspot.com/2017/09/15-sumber-primer-dan-sumber-sekunder.html?m=1

    TMK Kumpulan 5 (2014), Kebaikan dan Keburukan Internet. Dimuat turun daripada 
https://tmkkumpulan5.wordpress.com/2014/10/28/kebaikan-dan-keburukan-internet/amp/

    Esther Yek (2016), Kemahiran Perolehan dan 









No comments:

Post a Comment